NADI Preneur Live Webinar – Perancangan Kewangan

13 Mac 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2026 (Khamis), telah diadakan NADI Preneur Live Webinar – Perancangan Kewangan. Live Webinar – Perancangan Kewangan ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari.

Untuk Live Webinar – Perancangan Kewangan ini, para peserta telah diperkenalkan dengan asas perancangan kewangan usahawan seperti dapat membezakan antara duit peribadi dan duit syarikat, cara untuk membuat dan mencatit rekod jualan dan perbelanjaan. Selain itu, para peserta juga perlu mengetahui kepentingan simpanan kecemasan bisnes.

Diharap ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar dapat dipraktikkan serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali